Juri GV10 puji melambung Nadeera

PENYANYI Nadeera meraih pujian daripada barisan juri tetap All Stars Gegar Vaganza (GV10) selepas memberi persembahan hebat sebagai rakan duet Jaclyn Victor dengan mendendangkan lagu All I Ask pada konsert minggu kesembilan hari ini.

Menurut Datuk Ramli MS, kehadiran Nadeera dalam industri hiburan adalah dialu-alukan kerana memiliki bakat yang hebat.

“Orang macam ini bagus untuk industri. Kalau ada 10 lagi meriah begini, terus bekerja keras,” katanya.

Selain Ramli, Hetty Koes Endang juga kagum dengan persembahan nyanyian pada malam ini malah menggesanya supaya segera menghasilkan album solo.

“Kamu makan apa setiap hari Nadeera kerana suaranya sangat sedap.

“Nadeera, mulai esok cari produser untuk hasilkan album, jangan buat single sahaja.

Tetap merendah diri dan jangan sombong. Malam ini Jaclyn dan Nadeera ‘gebrek’ (bagus),” komen pelantun lagu Kuda Hitam itu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok