Diam diri sebab enggan keruhkan keadaan – Fizi Ali

PENYAMPAI radio sensasi, Fizi Ali mengambil pendekatan mendiamkan diri selepas pelbagai kontroversi muncul selepas mendirikan rumah tangga secara mengejut dengan wanita bernama Siti Zulaikha.

Pendekatan mengunci mulut setelah berbincang dengan isteri agar tidak menganggu emosi keluarga.

Saya takut kalau beri sebarang kenyataan akan keruhkan lagi keadaan. Jadi, sebab itu saya ambil langkah berdiam diri.

“Isu pernikahan saya terlalu kecoh disebabkan itu saya ambil tempoh tenangkan keluarga.

“Malah, sebelum berkahwin lagi saya sudah berbincang apa-apa isu harus fikirkan keluarga dahulu” katanya kepada HibGlam.

Dalam pada itu, pemilik nama lengkap Mohd. Hafizudin Alimudin itu menyifatkan perkenalan dengan isteri sejak satu tahun lalu sebagai hidup mati semula.

Jujurnya dahulu saya sangat ‘down’ (fasa sedih) sampai balik rumah saya asyik menangis sebab rindukan Ameena.

“Masa dalam konti radio saya gelak seperti biasa tetapi dalam perjalanan pulang saya akan menangis.

“Sejak berkenalan, dia berjanji akan mengembalikan senyumannya dan alhamdulillah dia melunaskan janjinya,” jelasnya lagi.

Perkahwinan Fizi dan Siti Zulaikha atau lebih dikenali sebagai Tiz menimbulkan kekecohan kerana ramai tidak menyangka mereka akan bergelar pasangan suami isteri. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok