MALANG tidak berbau, terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 1 November lalu ternyata membuatkan Iman Troye trauma.
Sehubungan itu, sehingga kini dia berasa takut untuk memandu meski selamat dalam kejadian tersebut.
“Hari pertama November saya kemalangan. Hujan lebat dan jalan licin menyebabkan kereta saya gagal dikawal.
“Alhamdulillah saya selamat cuma Baby Noah (kereta) sudah ‘tempang’.
“Jadi, sekarang saya tidak berani memandu sendiri dan memang 100 peratus mengharapkan Grab, keluarga dan kawan-kawan sahaja,” katanya dalam hantaran Instagram.
Menurut pemilik nama asal Siti Nur Alyssa Sahabudin itu lagi, dia mengalami kecederaan ringan akibat hentakan dalam kemalangan terbabit.
“Cuma kecederaan kecil sahaja sebab kepala saya terhentak pada tingkap kereta.
“Kaki saya bengkak dan telinga bahagian kanan berdesing terus tidak dengar apa-apa.
“Keesokannya (2 November), pendengaran kanan saya kurang dari kiri. Namun, sekarang alhamudlillah semuanya baik sahaja,” ujarnya. – HIBGLAM