[VIDEO] Saya akan lega jika semuanya betul-betul sudah berakhir – Diana Danielle

PELAKON, Diana Danielle berharap kes perceraian dengan suaminya, Farid Kamil yang berlarutan sejak Mac lalu dapat diselesaikan secara baik tanpa sebarang persengketaan pada Khamis ini.

Mestilah saya nak pengakhiran yang aman dan baik untuk kami kekalkan hubungan yang aman dan baik demi anak-anak termasuk silaturrahim kami.

“Saya akan lega jika semuanya betul-betul sudah berakhir. Doakan kami dapat mencapai pengakhiran yang baik. Itu sahaja yang boleh saya harapkan,” katanya kepada HibGlam selepas prosiding sebutan tuntutan hadanah interim di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam di sini, hari ini. Diana harap pengakhiran yang baik

Diana atau nama penuhnya, Diana Danielle Danny Beeson, 32 bagaimanapun enggan menarik nafas lega terlalu awal dan bersedia berhadapan dengan sebarang kemungkinan.

“Saya perlu bersedia untuk setiap kemungkinan yang bakal berlaku (Khamis nanti).

“Sekarang ini, saya masih menanti keputusan dan insya-Allah, saya bersangka baik.

Saya tidaklah berdebar, cuma sentimennya tinggi kerana perkara ini melibatkan keluarga, hati, perasaan, masa depan dan banyak perkara. Jadi kena pandang perkara ini secara serius,” tuturnya.

Dalam masa sama, dia juga memberitahu sesi lawatan antara dua anaknya iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8, berjalan dengan baik seperti yang ditetapkan oleh mahkamah sebelum ini.

Proses perjumpaan Farid dengan anak-anak berjalan dengan baik dan tiada masalah, saya tak mahu merumitkan lagi keadaan.

“Saya juga tak mahu bercakap banyak sebab Farid juga tidak hadir hari ini untuk pertahankan diri atau berkata lebih bagi pihaknya,” jelasnya.

Hari ini, peguam mewakili Diana, Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan anak guamnya dan pihak defendan iaitu Faid sudah mempunyai draf terma-terma persetujuan bersama termasuk berkaitan kes cerai, hadanah dan tuntutan nusyuz.

Keputusan penuh berhubung tuntutan hadanah bagaimanapun masih ditangguh susulan mahu menyelesaikan semua kes-kes berkaitan perceraian secara menyeluruh.

Farid, 42, selaku plaintif bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah hari ini kerana masalah kesihatan.

Terdahulu, pergolakan rumah tangga pasangan terbabit mula tercetus selepas Diana memfailkan cerai pada 10 Mac di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Dalam pemohonan cerai itu, Diana sebelum ini, mendakwa tiada persefahaman, berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) selain tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri antara alasannya untuk bercerai pelakon Diana dalam suaminya.

Rentetan daripada itu, pada 24 Mac lalu, Diana telah memperoleh hadanah interim dua anaknya.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora kini berusia lapan tahun. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HibGlam (@hibglam.com.my)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok