“Satu-satunya gelaran MAFIA untuk dilepaskan.”
Demikian tawaran pelakon, Azhar Sulaiman yang mahu menjual nombor pendaftaran kenderaan miliknya, MAF14 pada harga bidaan bermula RM1.85 juta.
Perkara itu dikongsikan dalam Instagram miliknya yang turut memaparkan nombor telefon untuk dihubungi bakal pembeli.
Bidaan bermula pada harga RM1.85 juta. Jika anda mafia sejati, ‘call’ lah kalau berani,” tulisnya ringkas.
Tunjang utama filem Abang 92 itu juga berkongsi gambar memegang keratan Lesen Kenderaan Motor (LKM) sebagai bukti pemilik.
Turut disertakan foto Nissan Murano yang pernah tular tiga tahun lalu apabila arkitek itu berkongsi gambarnya memperbaharui lesen kenderaan terbabit.
Sementara itu, menerusi ruangan komen ramai pengikut mendakwa kerap melihat kereta berkenaan.
Hari-hari nampak kat Penchala, TTDI, Sambal Ijo, jaga-jaga Behar (Abang Azhar), kami memerhati,” kata netizen.
Malah ada yang secara bergurau ingin melakukan sistem barter dengan konsep tukar suka sama suka.
“Tukar banglo TTDI plus motor Yamaha Nouvo. Kalau on maklum,” tulis pengguna akaun lain. – HIBGLAM