Lee Young-ji bantu mangsa banjir Korea

PRIHATIN dengan nasib mangsa banjir di Korea, penyanyi rap Lee Young-ji menyumbangkan 100 juta won (RM350,000) kepada mereka yang terjejas.

Juara rancangan realiti televisyen High School Rapper itu turut memaklumkan bahawa duit sumbangan tersebut diperolehi daripada sokongan pelanggan yang membeli barang niaganya.

Dia turut mendermakan wangnya sendiri sehingga RM350,000 bagi meringankan beban.

Bagi menghargai pelanggan yang turut sama memberikan sokongan, penyanyi berusia 21 tahun itu menderma atas namanya di saluran YouTube.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok