Exist bukti EXO masih berbisa

Kumpulan EXO mampu tersenyum puas apabila album kemunculan semula mereka, Exist mencatat jualan lebih sejuta unit pada hari pertama dipasarkan.

Itu adalah kejayaan atau rekod diperoleh hanya pada minggu pertama jualan album.

Rentetan itu, Exist menjadi album paling laris kumpulan itu pada hari dan minggu pertama jualan, mengatasi jumlah Don’t Fight The Feeling yang terjual hanya sebanyak 900,000 unit selepas seminggu diterbitkan.

Kejayaan kumpulan EXO itu sekali gus membuktikan bahawa mereka masih relevan dan mempunyai ramai pengikut di Korea Selatan dan seluruh dunia.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok