[VIDEO] Ayda Jebat buat ‘kejutan’ umum hamil anak kedua

KUALA LUMPUR – Tanpa sebarang desas-desus, pelakon popular Ayda Jebat tiba-tiba membuat kejutan dengan satu pendedahan bakal menimang anak kedua sekitar November nanti.

Tidak sendirian membuka mulut, peserta pertandingan Famili Duo itu turut meminta suaminya, Nabil Mahir tampil ke pentas bercerita tentang perkara tersebut.

Menurut, Nabil, usia kandungan Ayda atau nama penuhnya Nur Shuhada Jebat, 31, kini sudah memasuki lima bulan.

“Perkara yang kami mahu kongsi hari ini ialah, saya dan Ayda sudah ‘bekerjsama serta berpeluh-peluh’ mencuba untuk mendapatkan zuriat kedua.

“Alhamdulillah, kandungan sudah berusia lima bulan,” kongsinya sebelum bermulanya  sidang akhbar drama terbaharu lakonan Ayda, Bukan Cinta Sempurna di sini, hari ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HibGlam (@hibglam.com.my)

Sekitar Januari lalu, Ayda yang juga penyanyi memberitahu sudah bersedia untuk menimang cahaya mata kedua tahun ini.

Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari 2021 dan dikurniakan anak pertama, Ana Nayla, 2, pada 21 September tahun yang sama.

Sementara itu, meninjau dalam Instagramnya, Ayda baru sahaja memuat naik sebuah video yang dipercayai dirakam sekitar Hari Raya Aidilfitri, April lalu memaparkan Nabil dan keluarganya baru diberikan satu kejutan tentang kehamilan Ayda. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok