KADANG-KADANG Diva rasa kasihan dengan pelakon Datin Almy Nadia sebab terpaksa ikut sahaja kehendak suaminya, Datuk Fizz Fairuz yang tidak membenarkannya untuk kurus.
Sebagai wanita, siapa yang tidak mahu kelihatan cantik? Tapi disebabkan perlu mengikut kehendak dan permintaan suami yang dikatakan sebagai ‘syurga’ seorang wanita, apa sahaja yang diminta perlu dituruti.
Menerusi satu video yang dikongsikan Almy, nampak riak wajahnya sedih dan tidak gembira apabila keinginannya menguruskan badan, tidak mendapat keizinan daripada suami.
Si suami pula menggunakan kuasa ‘veto’ sebagai ketua keluarga untuk menentukan apa yang boleh, apa yang tidak boleh.
Macam-macam kata-kata ‘mencucuk’ diberikan kepada isteri, kalau kurus peluk tak sedaplah, nampak lagi tak cantiklah, anak sedang menyusu badanlah.
Diva bukan nak masuk campur, cuma nak minta Fizz faham dan keinginan yang dimahukan oleh isteri.
Tak dapat kurus banyak, dapat kurus sikit pun jadilah. Untuk kesihatan juga Datuk. Renung-renungkanlah ya.
DIVA: Sudah masuk musim hujan ke sekarang? Hari-hari hujan di Kuala Lumpur.