Konsert Twice dipuji ramai

BIARPUN sering dibandingkan dengan kumpulan K-Pop lain seperti BTS, Blackpink dan Seventeen, tetapi kali ini Twice diberi pujian penuh atas kejayaan konsert jelajah dunia kelima mereka.

Selain kejayaan mengadakan persembahan di Toyota Centre, Houston, Twice turut diberi pujian atas kualiti konsert yang disifatkan sangat gah.

Semasa konsert berlangsung, peminat mengangkat kayu lampu untuk mencipta lautan cahaya yang mewujudkan suasana sangat indah.

Kejayaan konsert sekali gus ‘merobek’ keraguan ramai yang sangsi dengan Twice sebagai kumpulan K-Pop patut diberi perhatian era sekarang.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok