Inca Medina punca Senyum tiba-tiba tular

GARA-GARA mempamerkan wajah si manis bernama Inca Medina, lagu Senyum nyanyian Malique bersama Najwa tular kembali.
Kejelitaan yang dimiliki Inca seiring dengan lirik lagu Senyum yang berbunyi:

Oh Inca Medina orang secantik nama, cantik luar cantik dalam cantik macam mama, hati macam grandmanya anginnya macam papa.

Rata-rata menyifatkan Inca memiliki kecantikan persis ibunya, Melissa Maureen dan senyuman yang sama seperti Malique.
Tidak kurang juga ada yang berseloroh ingin menjadi menantu Malique.
“Cantiknya Inca Medina, sudah boleh dipinang ke?
“Cantik betul tetapi nampak seperti Malique versi perempuan,” komen netizen.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok