HEBOH dalam aplikasi TikTok apabila seorang wanita mendedahkan dirinya telah hamil, hasil hubungan terlarang dengan seorang pelakon muda.
Dalam pendedahan tersebut, wanita itu mendakwa pelakon lelaki berkenaan enggan bertanggungjawab atas apa yang telah terjadi.
Lebih mengejutkan apabila wanita terbabit memberitahu dirinya telah diperlakukan sama seperti bekas kekasih kepada pelakon berwajah tampan itu.
“Dia telah menyebabkan saya hamil dan enggan bertanggungjawab, sama seperti yang dia lakukan terhadap teman wanitanya,” tulis wanita tersebut.
Dalam pendedahan berbeza, wanita itu berkata pelakon berkenaan memberitahu telah menyesali apa yang berlaku selain turut kesal kerana mengenalinya.
“Menyesal atas apa yang kau dah buat dan menyesal jumpa aku tidak akan mengubah apa-apa.
“Jika ini satu-satunya cara untuk kau bertanggungjawab (melalui pendedahan), aku akan lalukannya.
“Aku akan buat walaupun nampak bodoh jika aku kongsikannya dalam media sosial. Jumpa di hospital (swasta) esok. Sebelum semua orang tahu,” luahnya.
Pada masa sama, wanita berkenaan meminta netizen untuk berhenti mempertahankan pelakon tersebut dek kerana imejnya yang kelihatan baik.
“Berhenti daripada mempertahankan dia. Tolong jangan berpura-pura jadi baik.
“Anda akan terkejut jika mengetahui dirinya yang sebenar,” katanya.
Sementara itu, usaha HibGlam untuk mendapatkan respons daripada pelakon yang diperkatakan itu tidak berjaya apabila panggilan telefon dan mesej tidak berbalas. – HIBGLAM