Desak kawan alergi makan udang, Hyunjae dikecam teruk

Anggota kumpulan The Boyz, Hyunjae dikecam hebat netizen apabila tindakannya menyuap udang ke dalam mulut ahli kumpulannya, Jacob meskipun menyedari rakannya itu mempunyai alahan teruk terhadap makanan laut.

Menerusi siaran langsung dalam Weverse baru-baru ini, Hyunjae sedaya upaya meminta Jacob cuba memakan udang hanya kerana ingin melihat apa yang akan berlaku dan sejauh mana kesan alahan tersebut.

Tindakan kurang cerdik tersebut meraih perhatian netizen yang rata-ratanya mengkritik kelakuan menjengkelkan Hyunjae yang tidak peka masalah kesihatan orang sekeliling.

“Adakah dia psiko? Motif dia begitu? Adakah dia terlalu dungu untuk menyedari bahawa manusia boleh mati jika terkena serangan alahan teruk,” komen netizen itu.

“Sejenis manusia yang pentingkan diri sendiri, bayangkan kalau sesuatu berlaku pada Jacob, adakah dia mahu bertanggungjawab? Nama sahaja idola tetapi kelakuan macam gelandangan,” komen seorang netizen.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok