‘Mesra macam suami isteri, cepat-cepatlah nikah’

INGATKAN sudah kurang tetapi rupa-rupanya semakin rancak. Itu yang dapat disimpulkan mengenai gelagat Datuk Seri Vida dan Datuk Fazley Yaakob yang masih ligat ke sana sini berdua.

Dalam ruangan komen media sosial, ramai yang mendakwa mereka sudah bernikah tetapi perkara tersebut dinafikan Fazley.

Tapi Diva faham kenapa netizen dakwa mereka sudah bernikah, semuanya disebabkan kemesraan Vida dan Fazley yang dilihat seperti pasangan suami isteri.

“Hari itu Fazley nafi sudah nikah tapi mesra lain macam pula.

Kalau belum, cepat-cepatlah nikah. Mesra sudah seperti suami isteri.

“Walaupun pegang tangan berlapik, tetap nampak tidak manis. Harap kawal sedikitlah ya,” kata netizen.

DIVA: Tidak sabar nak tengok konsert minggu pertama Kilauan Emas 2026.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok