Taylor Swift dicemburui WAGs

DISAYANGI peminat, hakikatnya penyanyi Taylor Swift masih bergelut cabaran untuk ‘masuk’ ke dalam kelompok isteri dan teman wanita atau disebut WAGs pemain kelab bola sepak Amerika Kansas City Chiefs sejak bercinta dengan suaminya, Travis Kelce.

Dari segi luaran, pelantun lagu Blank Space itu dilihat kerap meluangkan masa bersama kumpulan tersebut termasuk menghadiri majlis perkahwinan beberapa kenalan sehingga tersebar desas-desus yang menyangkal keakraban mereka.

Menurut laporan berita, Swift dikatakan berusaha mengeratkan hubungan dengan WAGs menerusi beberapa acara selain menghadiahkan pelbagai pemberian istimewa, namun layanan mereka terhadapnya tetap dingin.

Ada juga yang secara terbuka menyindirnya menerusi laman sosial dan akhirnya sampai ke pengetahuan pemenang Anugerah Grammy itu.

Situasi kurang enak tersebut memang sangat melukakan hatinya kerana sepanjang lebih sedekad dalam arena muzik, imej serta kredibiliti menjadi keutamaan penghibur terbabit.

Begitupun, individu sekeliling yang mengetahui situasinya yakin tindakan sebilangan besar ‘ahli’ WAGs itu adalah didorong perasaan cemburu terhadap Swift kerana popularitinya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok