Lebih ‘edgy’, Dolla kembali dengan GOAT

KERINDUAN peminat terubat apabila Dolla kembali dengan single terbaharu berjudul GOAT kolaborasi bersama ikon rap Thailand, F.Hero.

Diterbitkan penulis lagu dan penerbit dari Norway, Audun Agnar Guldbrandsen bersama Erika Dahlen, Amanda Liedberg, Stian Nyhammer Olsen dan F. Hero, dengan membawa mesej tentang keyakinan serta keberanian menjadi diri sendiri selain meraikan kekuatan untuk mengharungi cabaran tanpa sebarang keraguan.

GOAT membuatkan Dolla meninggalkan imej glamor yang sinonim dengan mereka sebelum ini dan berani tampil dengan konsep yang lebih edgy, penuh karakter selari dengan semangat lagu baharu tersebut.

Dolla menyifatkan peluncuran GOAT sebagai permulaan kepada era baharu buat mereka dengan muzik yang lebih matang dan berani.

Kolaborasi bersama F. Hero juga merupakan salah satu cara mengembangkan sayap mereka ke negara Asia lain khususnya Thailand.

Lagu tersebut kini boleh didengari di semua platform penstriman muzik atas talian. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok