Perlu transformasi kepimpinan hadapi perubahan teknologi

PERUSAHAAN mikro, kecil dan sederhana (PMKS) perlu memperkukuh kepimpinan serta bersedia menghadapi perubahan teknologi, peningkatan kos dan persaingan pasaran bagi memastikan perniagaan terus mampan dan berdaya saing, kata Pengasas RichWorks Consulting Group (RCG) dan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

Menurut beliau, cabaran terbesar usahawan hari ini bukan sekadar mengurus operasi, tetapi memastikan pemimpin atau driver syarikat mampu menyesuaikan perniagaan dengan perubahan teknologi, pasaran dan landskap ekonomi yang semakin pantas.

Jelasnya, transformasi driver perlu menjadi keutamaan kerana pemimpin yang bersedia berubah lebih berupaya memacu organisasi, membuat keputusan yang tepat serta mengharungi cabaran perniagaan yang sentiasa berkembang.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada program Inner Circle Meeting (ICM) Johor yang menghimpunkan lebih 200 usahawan dari seluruh negara bagi memperkukuh strategi, kepimpinan dan sistem perniagaan supaya lebih bersedia menghadapi perubahan ekonomi dan industri.

Ramai tidak mengetahui apa yang berlaku di sebalik tabir, tekanan yang ditanggung oleh pemilik syarikat, keputusan sukar yang terpaksa dibuat serta pengorbanan yang dilakukan untuk mempertahankan perniagaan dan mata pencarian ramai pekerja.

“Ramai hanya melihat apabila sebuah syarikat jatuh, tetapi mereka tidak melihat berapa lama syarikat itu dibina, berapa banyak kegagalan yang telah dilalui sebelum berjaya, berapa ramai pekerja yang bergantung kepada syarikat itu dan berapa ramai ahli keluarga yang sama-sama berkorban sepanjang perjalanan tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Bukan itu sahaja, penulis 14 buku antarabangsa bersama bapa pemasaran moden, Philip Kotler dan pengasas firma perkhidmatan profesional Indonesia, PenMCorp (MarkPlus), Bapak Hermawan Kartajaya turut berkongsi insight terkini mengenai strategi pemasaran dan pertumbuhan perniagaan.

Turut menjadi tetamu jemputan ialah bekas atlet kebanggaan negara, Josiah Ng yang merupakan pemenang pingat emas Sukan Komanwel serta tiga kali mewakili Malaysia ke Sukan Olimpik.

Kini bergelar usahawan dan penceramah, beliau berkongsi mengenai kepentingan mindset, disiplin serta mentaliti berprestasi tinggi dalam menghadapi cabaran dunia perniagaan.

Tambah beliau, apabila sesebuah syarikat berdepan masalah, kesannya bukan sekadar kepada pemilik, malah turut melibatkan pekerja, pembekal, pelanggan dan keluarga yang bergantung kepada kelangsungan perniagaan tersebut.

Justeru, setiap komen atau persepsi yang disebarkan tanpa fakta juga memberi kesan kepada ramai pihak yang tidak bersalah.

Sepanjang hampir dua dekad membimbing komuniti usahawan, saya tidak pernah melihat sebuah syarikat gagal hanya kerana satu faktor kerana prestasi sesebuah perniagaan dipengaruhi oleh gabungan pelbagai perkara termasuk perubahan ekonomi, aliran tunai, persaingan pasaran, teknologi, kepimpinan organisasi, disiplin pelaksanaan serta keputusan yang dibuat oleh driver kepada syarikat itu sendiri.

“Ramai mencari siapa yang hendak dipersalahkan apabila sebuah syarikat jatuh, sedangkan soalan yang lebih penting ialah apa yang telah berubah dalam pasaran, apa keputusan yang telah dibuat oleh syarikat dan sejauh mana driver kepada syarikat itu bersedia berubah apabila dunia di sekelilingnya berubah,” jelasnya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok