Jual kemeja-T harga kayangan, Jong-kook dikecam

DIKECAM teruk gara-gara menjual kemeja-T pada harga yang terlalu mahal, penyanyi Kim Jong-kook tampil memohon maaf secara terbuka kepada peminat melalui saluran rasmi YouTube miliknya.

Pada masa sama, Jong-kook juga berterima kasih kepada peminat yang tetap membeli baju-T berharga RM150 jualannya sehingga licin terjual.

“Selepas membuat kajian pasaran secara meluas, kami percaya bahawa harga yang ditawarkan adalah berpatutan.

“Dalam video sebelum ini, saya mungkin tersilap menyatakan bahawa baju itu tidak mahal, satu ungkapan yang mungkin telah dinilai secara objektif. Untuk itu, saya memohon maaf jika telah mencetuskan salah faham.

“Tetapi saya mahu berterima kasih pembeli, saya terharu dan terkejut dengan sokongan yang luar biasa,” katanya.

Selain itu, Jong-kook menegaskan hasil jualan baju tersebut akan disumbangkan sepenuhnya kepada badan amal.

“Dengan membeli baju-T ini, kalian menyokong saya untuk beramal. Selain mendapat baju yang cantik dan berkualiti, kalian secara tidak langsung telah membantu mereka yang kurang bernasib baik,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok