TINDAKAN pelakon Yusuf Bahrin memuat naik sebuah video yang memaparkan dia tidak berbaju mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Menerusi video tersebut, Yusuf atau anak penuhnya Muhammad Yusuf Bahrin, 34, berkongsi aktiviti hariannya termasuk bersukan di gimnasium dan sibuk di lokasi penggambaran.
Namun, dalam ruangan kapsyen, bekas suami penyanyi Zizi Kirana itu berkongsi mengenai tentang kebebasan yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.
“Semakin dewasa, semakin saya faham bahawa kebebasan bukan sekadar tentang duit.
“Tentang memiliki kebebasan untuk meluangkan masa pada perkara yang benar-benar penting.
“Apa yang paling bernilai bagi kalian sekarang, masa atau duit?” katanya.
Yusuf bagaimanapun tidak terlepas daripada dihujani dengan komen berbaur nakal wanita yang memujinya semakin kacak sejak bercerai.
“Wah! Lain macam dia sejak kembali solo.
“Kacak betul, nombor dua selepas Zul Ariffin.
“Dia ‘belanja’ badan nampak pusat pula!” usik netizen.
Sekadar info, Yusuf pada 2 April lalu sah bercerai talak satu dengan Zizi Kirana dalam sebuah prosiding tertutup di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Shah Alam. – HIBGLAM
