2
ZUL Ariffin memang mudah bikin histeria, khususnya para wanita.
Kali ini, Zul membuatkan mencairkan hati wanita apabila melakukan cabaran menyebut perkataan ‘sayang’ dalam beberapa intonasi iaitu manja dan merajuk.
Tidak keseorangan, video yang dimuat naik oleh Era FM itu turut menampilkan dua lagi pelakon iaitu Sky Iskandar dan Ikmal Amry. Ada juga yang mengakui tidak berhenti menonton video tersebut dan tersenyum seorang diri.
“Weh, nak pengsan Zul sebut sayang macam itu.
“Alahai Zul, kami sayang awak juga. Ulang video sejuta kali,” usik netizen.
Kurang seminggu, video tersebut sudah ditonton lebih 1.5 juta kali. – HIBGLAM
