Aespa hadir konsert Blackpink

BIARPUN berada bawah pengurusan berbeza dan tidak pernah menunjukkan persahabatan akrab, kumpulan Aespa tetap  hadir memberikan sokongan buat Blackpink.

Rata-rata peminat terkejut melihat kesemua anggota Aespa menyaksikan konsert jelajah dunia Blackpink iaitu Born Pink yang berlangsung pada hari kedua di Gocheok Sky Dome, Seoul.

Masing-masing berasa pelik melihat kehadiran Aespa memandangkan sebelum ini mereka tidak pernah dilihat bergaul mesra dengan Blackpink.

Lebih mengejutkan apabila kumpulan Aespa dikatakan baru sahaja melengkapkan jelajah Amerika Syarikat.

Bagi peminat, kesungguhan Aespa menjadi sebahagian daripada penonton konsert Blackpink walaupun baru melalui penerbangan jarak jauh selayak dipuji.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok