Jennifer Lawrence suka ‘berdebat’ dalam TikTok

AKTRES Jennifer Lawrence mengakui mempunyai akaun TikTok rahsia yang digunakan untuk ‘berdebat’ dengan netizen di ruangan komen platform media sosial.

Pemenang Oscar itu mendedahkan isu yang diperdebatkan kebanyakan berkaitan budaya pop termasuk rancangan realiti dan membabitkan keluarga selebriti.

Pada mulanya saya cuma berdebat tentang The Real Housewives, keluarga The Kardashians dan perkara seperti itu.

“Tetapi semuanya menjadi lebih serius apabila saya mula memberi komen tentang keluarga diraja Britain,” katanya dalam wawancara bersama sebuah program yang kembali tular.

Pengakuan tersebut mengejutkan ramai peminat apabila bintang filem X-Men itu dilihat hanya seperti sebilangan pengguna media sosial yang sekadar menjadi pemerhati.

Lawrence sememangnya dikenali dengan personaliti bersahaja selain sikap spontan ketika berada di hadapan umum.

Sepanjang kariernya, pelakon itu beberapa kali tular kerana telatah lucu termasuk ketika mengaku sempat minum alkohol sebelum menyampaikan ucapan di pentas Academy Awards selain momen keterujaannya tatkala bertemu aktor legenda, Jack Nicholson. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok