Kami kini dalam proses berpisah – Marissa Dania

SELEPAS menempuh pelbagai kemelut rumah tangga termasuk dua kali talak dilafazkan, pempengaruh Marissa Dania mendedahkan dia kini dalam proses bercerai dengan suaminya, Ahmad Aslam.

Marissa atau nama lengkapnya Marissa Dania Hakim Mohamed Nurhakim, 21 mendedahkan perkara itu dalam hantaran terbaharunya dalam Instagram.

“Perbicaraan kes kelmarin telah ditangguhkan kerana saya belum memberikan keterangan.

“Kami kini dalam proses berpisah dan keputusan akhir bagi pengesahan lafaz cerai dan rujuk adalah cerai,” tulisnya.

Tambah anak kedua pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim itu lagi, dia berharap tiada lagi kenyataan yang dikeluarkan mana-mana pihak mengenai hal rumah tangganya.

“Saya harap tiada lagi kenyataan daripada mana-mana pihak. Beri saya ruang dan jangan buat andaian sendiri serta cepat membuat kesimpulan,” tulisnya.

Sebelum ini Marissa juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak pernah mendapat hak sepatutnya sebagai seorang isteri.

Kelmarin Marissa dan Aslam hadir di mahkamah bagi prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk yang dibuat sebanyak dua kali, iaitu pada September 2024 sebelum kembali rujuk dalam bulan sama dan sekali lagi melafazkan cerai pada April 2025 dan difahamkan rujuk sekitar Jun tahun sama.

Marissa Dania merupakan isteri kedua Aslam selepas mereka bernikah di Thailand pada 27 Disember 2023 yang ketika itu sudah pun bergelar suami Umisya pada Julai 2020.

Pasangan itu juga pernah bercerai pada September 2023 sebelum mengambil keputusan untuk rujuk semula dalam tempoh idah. – HIGBLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok