IBU kepada penyanyi Aliff Aziz, Siti Hafizah Sheikh Mohamad menjadi bualan ramai apabila didakwa sengaja menutup wajah pelakon, Bella Astillah pada gambar yang digantung di dinding kediamannya di Singapura.
Menerusi video tersebut, Hafizah membuat ulasan mengenai beberapa kuih raya bersama Aliff dan suaminya, Aziz Sapdan.
Namun, lain pula berlaku apabila netizen mula perasan wajah Bella pada beberapa foto keluarga yang tergandung di dinding rumahnya ditutup dengan ‘dakwat’ warna biru.
Perkara tersebut mencetuskan rasa tidak puas hati dan berang dalam kalangan peminat Bella yang menyifatkan tindakan Hafizah sebagai keterlaluan.
“Mak Aliff Aziz tidak pernah gagal membuatkan darah saya mendidih. Kalian jangan jadi mentua begitu ya.
Tak perlu tutup muka Bella begitu, kalau tidak suka, tukar sahaja gambar yang baharu,” komen netizen.
Tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau ucapan tahniah susulan pertunangan Bella, Hafizah bagaimanapun dilihat rancak berkongsi beberapa ‘quotes’ Islamik mengenai kehidupan dalam InstaStorynya.
Bella mendirikan rumah tangga dengan Aliff pada 9 September 2016 namun bercerai talak satu pada 13 Jun 2024 selepas mendakwa bekas suaminya itu curang sebanyak 11 kali.
Rentetan itu, Bella pada Ogos 2024 mendedahkan keluarga bekas suaminya itu juga tidak pernah memohon maaf, sebaliknya menyokong wanita yang memusnahkan rumah tangganya dengan Aliff.
Bella turut memberitahu dia mempunyai sebab tersendiri tidak membenarkan keluarga bekas suami berhubung dengan anak-anaknya.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Terbaharu, pada 28 Mac lalu Bella atau nama lengkapnya, Dayang Nabellah Awang Astillah selamat bergelar tunangan kepada Syed Saddiq dalam sebuah majlis.
Bella dilamar Ahli Parlimen Muar itu ketika mendaki puncak Gunung Kinabalu pada Januari lalu. – HIBGLAM
