Nak beritahu, saya tidak lagi bersama Emma – DJ Kidd

PADA saat umat Islam memburu keberkatan 10 malam terakhir Ramadan, deejay kelab malam, DJ Kidd pula mengejutkan ramai apabila mengesahkan dirinya tidak lagi bersama pelakon Emma Maembong.

Mahu semuanya jelas, DJ Kidd berharap tiada lagi persoalan dibangkitkan mahu pertanyaan mengenai status hubungan mereka selepas ini.

“Salam satu Malaysia. Di sini saya nak memaklumkan, di mana saja saya berada, orang sibuk tanya saya, di manakah pasangan saya.

“Saya berbesar hati ingin memberitahu yang saya tidak lagi bersama dia. Jadi saya harap tiada lagi persoalan selepas ini.

“Dan saya juga mendoakan kebahagiaan dia bersama siapa jua dia bersama. Amin,” tulisnya dalam Instagram Story.

Dalam hantaran sama, DJ Kidd turut menggunakan tanda pagar #mamaktakkanpadam dipercayai merujuk kepada gabungan nama dirinya dan Emma, sekali gus menguatkan spekulasi hubungan tersebut benar-benar sudah berakhir.

Rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi termasuk yang meluahkan rasa terkejut selain tidak kurang mendoakan kebahagiaan kedua-dua pihak.

“Kalau betul berpisah, semoga masing-masing temui kebahagiaan sendiri.

“Sedih juga dengar, ingatkan hubungan mereka serius.

“Apa pun, doakan yang baik-baik. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini,” tulis beberapa netizen.

Usaha Kosmo! mendapatkan reaksi balas daripada Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 33, bagaimanapun tidak berjaya apabila panggilan dan mesej masih belum berbalas.

Sebelum ini, Emma pernah mengakui sedang berkawan rapat dengan DJ Kidd, sekali gus mencetuskan perhatian ramai sejak setahun lalu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok