‘Drama sekarang tiada cerita lain, makin meluat’

PELAKON Reen Rahim menyifatkan drama tempatan membosankan kerana mengetengahkan mesej yang sama berulang kali terutama berkaitan isu penyondol.

Menurut Reen, 37, sebagai seorang pelakon, dia juga semakin menyampah dengan jalan cerita yang sama dijual kepada penonton hari ini.

“Jujur cakap, makin lama makin meluat. Drama sekarang macam tiada cerita lain.

Pusing-pusing kisah penyondol, wanita bodoh dan wanita murah.

“Lima tahun ini macam skrip tersekat di takuk yang sama,” katanya dalam platform Threads.

Meski mengakui membawa watak antagonis memberi kepuasan berbeza, dia bagaimanapun memberi pandangan sebagai seorang penonton yang muak dengan jalan cerita sama.

Dia bahkan mempertikai kebanyakan drama yang masih tersekat dengan ideologi kaum wanita dan lekaki yang lemah.

“Itu zaman bila punya perempuan? Zaman begitu sudah habislah,” katanya lagi.

Tegasnya, penonton zaman sekarang sudah semakin bijak dalam memilih naskhah yang berkualiti dan enggan menonton jalan cerita sama berulang kali.

Sekarang manusia sudah bijak dan faham serta ada nilai.

“Bukan marah, saya cuma rindu cerita yang ada nilai,” jelasnya.

Perkongsian tersebut meraih pelbagai respons daripada netizen, namun rata-ratanya bersetuju yang berharap drama mahupun filem tempatan lebih berani membawa mesej berbeza berbanding isu penyondol. –HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok