3
DIDAKWA sudah dirisik dan bertemu pasangan hidup, bekas isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr. Afifah Hidayah menafikan spekulasi tersebut sekali gus menegaskan masih belum terfikir untuk kembali berumah tangga.
Wanita yang mesra disapa Dr.Fie, 37, mahu berseronok melayani kehidupan solo sebelum membawa seseorang istimewa berjumpa keluarganya.
Siapa merisik saya? Eh janganlah, merisik dalam media sosial itu mungkinlah tapi secara formal tidaklah.
“Tak ada merisik-risik, tiada benda lagi. Baru sangat, bagilah saya berseronok solo dulu.
“Saya rasa sebab mungkin mereka rasa saya dah habis idah. Dulu tak ada pula macam ini, sejak kebelakangan ini saja tapi tak adalah yang sehingga nak datang rumah jumpa keluarga itu tidak,” katanya kepada HibGlam pada Rakaman Raya Melodi 2026,baru-baru ini.
Pada masa sama, Dr. Fie mengakui menerima lambakan mesej daripada individu yang cuba mendekatinya dalam media sosial namun dia agak skeptikal dengan cara berkenaan.
“Biasalah dalam media sosial semua orang boleh cuba sekarang, cuma saya tak percaya sangatlah jodoh jumla dalam media sosial.
“Tapi kalau Allah kata jodoh itu dia, jumpa dalam media sosial pun kita nak cakap apa kan?,” ujarnya.
Berpengalaman dalam rumah tangga sebelum ini membuatkan doktor gigih bertauliah itu jauh lebih selektif sebelum memulakan sebarang hubungan baharu.
Bila saya berpisah, ada rasa macam lebih berhati-hati sebab kita pernah ada pengalaman begitu tapi tak adalah saya rasa macam tak nak langsung.
“Buat masa sekarang, saya terbuka saja. Tengoklah siapa nak berkenalan, tiada masalahkan,” tuturnya.
Sebelum ini, Dr. Fie mendirikan rumah tangga dengan Nubhan pada 29 Ogos 2015 namun disahkan bercerai talak dua pada Disember tahun lalu.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aaafiya, 9, Ahamad Aafan, 7, dan Afzan Nayille yang kini berusia empat tahun. – HIBGLAM
