Kelly Clarkson seronok menjanda

PENYANYI popular, Kelly Clarkson mengakui menikmati kehidupan solo dan status ibu tunggal selepas bercerai dengan bekas suaminya, Brandon Blackstock pada 2020.

Pengakuan tersebut dibuat ketika dia menjayakan sebuah konsert di Caesars Palace, Las Vegas, baru-baru ini apabila secara berseloroh berkongsi pandangan mengenai kehidupan serta cinta.

Ramai orang bertanya, kenapa saya masih sendiri? Saya selalu jawab, pertama sekali, ramai orang di luar sana yang menjadikan kehidupan bujang sangat menyeronokkan,” katanya.

Pelantun lagu Because of You itu kemudian menjelaskan ada kalanya melihat hubungan orang lain membuatkan dia lebih bersyukur dapat pulang ke rumah sendirian tanpa perlu berdepan konflik.

Tahu apa yang tidak berlaku di rumah saya? Semua drama itu,” katanya lagi bersambut sorakan penonton.

Di sebalik gurauan tersebut, Clarkson turut mengakui mengekalkan hubungan cinta bukan perkara mudah kerana pasangan perlu terus berusaha memastikan hubungan kekal segar dan tidak membosankan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok