14 kali polis datang rumah Britney Spears!

SEKALI lagi ditahan atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk, sepanjang tempoh dua tahun kediaman penyanyi Britney Spears 14 kali didatangi pihak berkuasa.

Nyata masalah dicetuskan selebriti sensasi berusia 44 tahun itu sudah berlaku lama, namun sukar untuk mengawal sikapnya yang kuat memberontak.

Pada insiden yang berlaku minggu lalu, petugas California Highway Patrol menahan Spears di Ventura County selepas dilihat memandu secara berbahaya.

Penahanan itu terjadi hanya selepas beberapa bulan setelah pelantun lagu Toxic itu ditahan kerana kesalahan sama.

Berkenaan kunjungan polis ke kediamannya di Thousand Oaks, California, ia bermula sejak 1 Januari 2024.

Perkara tersebut dicatat Ventura County Sheriff’s Department dengan laporan terbaru dilaporkan pada 23 Oktober 2025 sekitar tengah malam.

Antara kes dilaporkan kepada polis adalah ada permintaan melakukan pemeriksaan, pecah masuk, serta kekhuatiran orang terdekat terhadapnya.

Selain panggilan daripada orang luar, penyanyi itu sendiri menghubungi sherif pada 27 Mei 2024 atas sebab yang tidak dinyatakan.

Keadaan laporan yang dibuat secara berterusan itu membuktikan Spears mempunyai masalah tertentu sekali gus memerlukan pengawasan teliti. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok