Emma Maembong tak hipokrit, mengaku masuk kelab malam

KECOH minggu ini apabila video pelakon jelita, Emma Maembong mengunjungi sebuah kelab malam di Sarawak tular dalam media sosial.

Video tersebut dikongsikan pengunjung kelab tersebut yang turut merakam aksinya berjalan sambil diiringi pengawal keselamatan.

Banyak portal melaporkan seorang pelakon berstatus ibu tunggal anak dua dilihat berhibur di sebuah kelab malam.

Tidak cukup dengan nilai sensasi sebegitu, wajah Emma turut dikaburkan dalam artikel yang menyiarkan kisahnya.

Menyedari namanya semakin hangat menjadi bualan ramai, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 34, tampil membuat penjelasan dalam sebuah video yang dikongsi dalam Instagram.

Menurut Emma, dia ke pusat hiburan yang terletak di Sibu, Sarawak tersebut bagi merakam video muzik selain mengakui mahu melihat seorang DJ membuat persembahan pada hari tersebut.

“Saya tak fahamlah kenapa orang suka memberi reaksi berlebih-lebihan sampai nak kena ‘blurkan’ muka saya.

Mudah saja, saya ke Sibu sebab nak rakam video muzik dan kebetulan DJ Kidd ‘spin’ di situ, saya nak pergi tengok.

“Saya sendiri yang masuk kelab tanpa memakai pelitup muka atau topi sebab memang nak pergi tengok dia ‘spin’,” katanya.

TATKALA ramai mempertikai tindakannya, Emma menegaskan tiada apa yang nak dimalukan kerana dia sendiri yang membenarkan wajahnya dirakam pengunjung lain ketika masuk ke sebuah kelab malam baru-baru ini.

Emma juga cukup sedar rakam yang dibuat dan memilih untuk membiarkan sahaja perkara tersebut.

“Bila orang rakam, saya yang lambai dengan mesra. Saya tahu ramai orang rakam dan biarkan benda itu terjadi.

Jadi, bukannya saya menyorok di bawah meja, lainlah kalau wajah saya terkantoi kemudian tersebar,” jelasnya.

Emma turut mempersoalkan tindakan pihak yang mengaburkan wajahnya dalam beberapa hantaran sebelum ini.

“Biarkan dan tak perlu nak kaburkan muka serta beritahu siapa pelakon itu.

Sedangkan saya sendiri yang masuk dengan gembira, ramai orang jaga saya.

“Orang Sibu sangat ‘sporting’ dan mereka pun tidak ‘judgemental’ sangat,” ujarnya.

Kejujuran dan keterbukaan Emma membuktikan bahawa dia bukan pelakon yang kaki ‘propa’. Berani buat beranilah tanggung. Lagi pun Emma di kelab tersebut sekadar menonton persembahan temannya. Tak ada pula aksi-aksi keterlaluan seperti meneguk ‘air kencing syaitan’.

Yang penting Emma jujur mengaku bahawa individu di dalam video tersebut adalah dirinya. Tidak seperti sesetengah selebriti yang cuba memutar belit cerita atau diam seribu bahasa bila terkantoi. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok