KERINDUAN peminat untuk melihat Park Shin-hye beraksi dalam drama akhirnya terubat selepas dia muncul dengan naskhah terbaharu, Undercover Miss Hong yang kini disiarkan dalam Netflix.
Berlatarbelakangkan tahun 1990-an, Hong Keum-Bo lakonan Shin-Hye yang bekerja sebagai seorang penyelia elit menyamar sebagai graduan sekolah menengah sebelum mula bekerja di sebuah syarikat sekuriti yang disyaki terlibat dalam aliran dana mencurigakan.
Di sana, dia bertemu dengan Shin Jung-woo (Ko Kyoung-pyo) iaitu Ketua Pegawai Eksekutif, Hanmin Securities.
Naskhah bergenre penyiasatan, romantik dan komedi itu meraih tontonan tinggi dalam Netflix selain lakonan hebat Shin-hye turut menerima pujian ramai.
Drama 16 episod yang disiarkan bermula 17 Januari lalu itu turut dibintangi Ha Yoon-kyung, Cho Han-gyeol dan Choi Ji-su. – HIBGLAM
