Nak kurus kena potong gula, puasa – Mimi Fly

ORANG kata kalau kalau nak turunkan berat badan perlukan kos yang tinggi tetapi sebaliknya pula dilakukan Mimi Fly.

Kata Mimi, tak perlu keluarkan duit yang banyak pun, cukup berpuasa dan tidak mengambil makanan bergula.

“Bila saya mula diet, ‘intermittent fasting’ dari pukul 8 malam sampai 12 tengah hari keesokan harinya.

Makan ayam, telur sebagai protein, nasi diseparuhkan serta daging goreng kunyit pun okey. Gula potong sepenuhnya dan minum air putih,” katanya.

Diva setuju dengan apa yang dikongsi Mimi dalam aplikasi Threads yang katanya berjalan di taman juga antara cara berkesan untuk turunkan berat badan.

Memang bosan tetapi ini yang saya mampu buat. Kemudian jalan lama-lama di taman. Ini tak mahal, mahal pun belum tentu kurus.

“Saya rasa bila nak kurus kena lebihkan ‘cut down’ daripada tambah,” jelasnya.

Jadi, kalau nak kurus bolehlah ikut cara Mimi. Semoga berjaya semua!

DIVA: Tak sabar tonton konsert Ella di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok