Wham Pickleball With The Stars, artis, wartawan mandi peluh rebut gelaran juara

PROGRAM Wham Pickleball With The Stars anjuran Persatuan Wartawan & Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) yang julung kali diadakan menyaksikan seramai 25 selebriti popular bersama 25 ahli WHAM bermandi peluh merebut gelaran juara bagi merebut hadiah wang tunai berjumlah RM4,000 baru-baru ini.

Selepas lebih dua jam beraksi cemerlang, kejohanan tersebut menyaksikan gandingan pelakon Ezaidi Aziz bersama wartawan portal mStar, Nazrin Zulkafli diumumkan sebagai juara sebagai juara sulung bagi edisi pertama Wham Pickleball With The Stars.

Naib juara pula menjadi milik pempengaruh media sosial, Faiz Dickie bersama wartawan mStar, Farol Hadi dan menerima hadiah wang tunai RM3,000 serta pingat.

Bagi tempat ketiga dan keempat, kedudukan tersebut dimenangi oleh penyanyi terkenal Haqiem Rusli yang bergandingan dengan Faiq Fahmi Adenan (Melodi) serta Izzul Faiq bersama Muhammad Izzad Farhan Amier Zaini (Melodi), masing-masing membawa pulang wang tunai RM2,000 dan RM1,000, melengkapkan senarai pemenang bagi edisi sulung acara berkenaan.

Antara selebriti ternama yang sanggup turun padang menyertai perlawanan ini ialah Aeril Zafrel, Bella Astillah, Zahiril Adzim, Sheira Ayob, Yasmin Hani dan Ayie Floor 88.

Turut mengambil bahagian ialah Sarah Suhairi, Zizi Kirana, Adam Lee, Afieq Shazwan, Wani Kayrie dan pemilik jenama pakaian Elrah iaitu El Azman.

Fairuz Selamat, Badron Munirah, Luqman Faiz, Hariz Hamdan, Trisha Ooi, Syahir Shafein, Shaffiq Erwin, Nurel Bahrin serta Kim Azzim juga antara 25 artis yang memeriahkan acara tersebut.

Sementara pada pelakon dan penyanyi, Ayie Floor 88 mencuri tumpuan apabila membawa pulang hadiah utama berupa sebuah telefon pintar, manakala Haqiem Rusli pula memenangi sebuah televisyen bersaiz 65 inci menerusi sesi cabutan bertuah.

Cabutan bertuah turut disokong penaja Al Aqsa Carpets dengan hadiah dua karpet premium, yang turut dihadiri pemiliknya iaitu pelakon Dazrin Kamarudin.

Antara penaja yang menjayakan program ini ialah Wawa Global, D’Herbs Terlajak Laris, Elrah Exclusive, Pickle X, Kanda (jersi rasmi), SN Legacy, ASICS serta Kunafa Aiwahhh.

Selain itu, acara turut disokong dengan tajaan dan sokongan daripada Glad2Glow, Mak Jenny, Mega Film Distribution, Plan E Solutions, SAC Garment, Roslan Shah, Nun Ha, Alyah Beauty, Mask Team, IIAN, AK Events dan Love Music Fest.

Acara yang diadakan di Pickle X i-City Shah Alam tersebut turut dihadiri oleh Setiausaha WHAM, Sudirman Mohd Tahir.

Secara keseluruhan,acara tersebut bukan sahaja berjaya mencipta persaingan sengit dan menghiburkan, malah menjadi platform berkesan dalam mengeratkan silaturahim antara pengamal media dan selebriti tempatan dalam suasana santai serta penuh semangat. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok