AKTOR Datuk Remy Ishak berdepan detik cemas apabila dirinya mengalami masalah kesihatan sehingga terpaksa menerima rawatan di sebuah hospital semalam.
Menurut Remy atau nama penuhnya Mohammad Zalimei Ishak, 43, dadanya seperti terkena renjatan elektrik selepas melakukan rutih senaman sebelum memilih untuk melakukan pemeriksaan doktor.
“Ketika sedang membuat latihan, tiba-tiba seperti ada renjatan elektrik pada bahagian dada sebanyak tiga kali.
“Panik sekejap tetapi berjaya kawal nafas dan habiskan sesi senaman hari ini dan pergi mendapatkan rawatan,” katanya.
Remy menambah, doktor yang merawat memintanya mendapatkan rehat secukupnya.
“Doktor kata saya mendapat kuasa baru, tenaga tu tengah mengalir dalam badan.
“Cuma satu dia pesan, kena banyak rehat,” ujarnya.
Dia bagaimanapun tidak berkongsi lanjut mengenai punca masalah kesihatan dialaminya itu. – HIBGLAM
