25
TIDAK tahan melihat sepupu diejek, pelakon Izara Aishah memarahi seorang pengguna laman sosial ketika mengadakan sesi siaran langsung mempromosikan produk jualannya.
Aktres itu menyifatkan individu tersebut sebagai kurang ajar sebelum menamatkan sesi live, namun kemudian menjelaskan tindakannya.
Individu digelar bermulut puaka itu melakukan face shaming terhadap sepupunya yang dipilih sebagai model bagi memenuhi permintaan ramai.
Menurut Izara, pelanggannya mahu wanita yang berwajah bulat memakai tudung keluarannya tetapi dikecam gemuk pula.
Kalau Diva pun bengang, sesuka hati saja nak ejek orang. Memang meminta-minta nak kena hambur dengan kata-kata pedas.
DIVA: Suka dengan cara penyampai radio, Johan mendidik anak-anak.
