Giliran Gambit pula jadi kegilaan

TIADA angin tiada ribut, nama Gambit Saifullah tiba-tiba menjadi sebutan ramai dalam TikTok sejak beberapa hari lalu.

Hasil pemerhatian, Gambit menjadi viral susulan ramai peminat wanita yang ‘cair’ dengan ketampanan dan kejantanannya dalam filem Malbatt: Misi Bakara.

Malah, ramai tidak percaya anak jati Kuala Lumpur itu sudah berusia 38 tahun.

“Sumpah Gambit memang kacak sejak dulu, paling cair bila jadi abang askar. Tergambit-gambit,” komen netizen.

“Manis betul senyuman, tak percaya umur dia sudah hampir 40 tahun,” kata seorang peminatnya.

Selain Malbatt: Misi Bakara, babak lakonannya dalam beberapa drama dan filem turut kembali dimuat naik dalam TikTok termasuklah Paskal, Suamiku Lelaki Pendosa dan Shhh…I Love You.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok