BERKONGSI kegembiraan, penyanyi rap dan komposer Malique menzahirkan perasaan bangga dengan pencapaian anaknya, Rumi Arjuna Malique dalam kejohanan catur di laman sosial.
Tanpa sebarang kapsyen, Malique atau nama penuhnya Cairel Edrin Ibrahim, 48, menunjukkan foto solo puteranya memegang pingat, selain beberapa momen dengan rakan sepasukan.
Pada gambar lain, terdapat juga senarai 10 peserta teratas termasuk nama Rumi dalam kejohanan catur National Rapid dan Blitz CC 2025.
Meninjau ruangan komen di Instagram bekas anggota Too Phat itu, ramai memberikan ucapan tahniah selain mendoakan anak lelakinya mampu memegang gelaran Grandmaster (GM) suatu hari nanti.
Road to GM (Grandmaster). Tahniah Rumi,” tulis seorang pengikutnya.
“Tahniah Rumi, terbaik di kalangan yang terbaik,” komen pengguna media sosial lain.
Kebelakangan ini Malique aktif memuat naik hantaran dalam Instagramnya selepas menyepikan diri termasuk daripada laman sosial sejak tahun 2007.
Walaupun masih bekerja di belakang tabir, kemunculan semula penyanyi rap itu di laman sosial di bawah nama Maliqueibrahimqarma sekitar Februari lalu melegakan peminat yang teruja mahu mengikuti perkembangannya. – HIBGLAM
