‘Sebelum berwuduk, rajin-rajin jenguk atas, takut ada CCTV’

PELAKON Saharul Ridzwan menitipkan peringatan khusus buat kaum wanita agar berwaspada ketika mengambil wuduk di kawasan awam, terutama di premis yang menyediakan ruang solat terbuka.

Ujar Saharul atau nama sebenar­nya Mohd. Saharul Ridzwan Hashim, 36, pesanan itu datang daripada isterinya, Qaabila Deena Emir, selepas timbul kebimbangan mengenai kemungkinan wujud kamera litar tertutup (CCTV) dipasang menghala ke arah tempat wuduk.

“Pesanan kepada wanita yang ingin solat di tempat awam. Isteri saya minta sampaikan kepada semua.

Sebelum ambil wuduk, rajin-rajin jenguk ke atas, sebab kadang-kadang ada CCTV menghala ke arah tempat wuduk.

“Semoga Allah pelihara semuanya,” katanya dalam Threads.

Hantaran tersebut pantas mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan peringatan tersebut dan menyatakan keprihatinan sama.

Betul, kadang-kadang memang tak perasan ada kamera. Zaman sekarang kena hati-hati, ramai jantan gila. Terima kasih sebab ingatkan,” komen seorang pengguna media sosial.

“Bagus Saharul kongsi benda begini. Kadang-kadang bergegas nak solat sampai lupa. Wanita memang kena lebih berhati-hati,” tulis netizen.

“Memang ada tempat wuduk yang terbuka sangat, risau juga kalau ada CCTV. Tapi ada pula yang tertutup sangat sampai takut dibuatnya. Patutnya premis lebih peka,” ujar pengikut.

Tidak kurang juga ada yang turut berkongsi pengalaman diintai lelaki miang ketika sedang berseorang mengambil wuduk sehingga mencetuskan trauma. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok