Hwasa tertekan dikecam netizen

TIDAK tahan dikecam akibat satu persembahan provokatif dalam festival di sebuah universiti, anggota kumpulan Mamamoo, Hwasa berdepan tekanan hebat sehingga menangis teresak-esak.

Kata Hwasa, emosinya bercampur-baur sehingga tidak dapat menahan air mata berikutan komen melampau netizen tentang fizikalnya ketika membuat persembahan.

“Selepas persembahan di sebuah universiti, nama saya secara tiba-tiba menjadi tajuk utama dalam surat khabar, portal berita bahkan berita utama televisyen kerana didakwa membuat persembahan tidak senonoh di hadapan pelajar.

“Saya faham mungkin persembahan itu agak kontroversi, saya terima semua itu tapi komen kebencian yang ditaburkan agak melampau sehingga menghina fizikal saya. 

“Saya menangis macam orang gila sebab terlalu tertekan,” jelasnya menerusi sebuah rancangan temu bual.  

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok