Hari jadi ke-42, Fazura bagi hadiah buat orang lain

BERTUAHLAH badan! Ternyata pelakon juga usahawan jelita Nur Fazura memang disayangi, ramai bukan hanya peminat, malah insan di sekelilingnya.

Ini terbukti apabila sambutan hari lahirnya yang ke-42 pada 27 September lalu terus diraikan walaupun sudah beberapa hari berlalu.

Menerusi perkongsian dalam media sosial, ibu anak satu itu menunjukkan foto hadiah yang diterimanya. Menariknya nampak hadiah indah dalam gambar berkenaan digubah persis seperti hantaran pengantin membuatkan para peminat turut teruja selain sempat mengusiknya.

Fazura pun ‘chill’ sahaja sebab tahu peminat bergurau tapi lagi istimewa dia pula yang bagi hadiah pada orang lain sempena hari jadinya. Semoga murah rezeki.

DIVA: Naik kasihan melihat situasi yang dilalui bapa seorang artis remaja, macam mengemis kasih.



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok