Tissa Biani fokus kerjaya, belum fikir kahwin

Lima tahun menyulam cinta, pelakon Indonesia Tissa Biani mengakui masih belum merancang untuk mendirikan rumah tangga bersama kekasihnya, Dul Jaelani.
Menurut Tissa atau nama lengkapnya Tissa Biani Azzahra, 23, keputusan untuk tidak berkahwin adalah untuk memberi tumpuan kepada kerjaya seni.
“Belum masanya untuk saya berkahwin kerana masih mahu memberikan fokus kepada kerjaya.
Bukan juga tentang faktor umur yang masih muda tetapi saya dan Dul memang mahu fokus dengan kerja,” katanya kepada Kosmo! Online pada sesi preview filem Dilanjutkan Salah, Disudahi Perih baru-baru ini.
Pada masa sama, pelakon filem Norma: Antara Mertua dan Menantu itu juga memaklumkan tidak mahu terburu-buru menamatkan zaman bujang.
“Bagi saya tidak perlu terburu-buru untuk berkahwin.
“Ya kami masih muda tetapi buat masa ini memang mahu fokus pada filem dan muzik sahaja,” ujarnya
Pada 27 September lalu, Tissa dan Dul yang juga anak kepada penyanyi Ahmad Dhani itu menyambut ulang tahun kelima hubungan mereka sebagai pasangan kekasih.
Dia turut meluahkan rasa syukur atas kebahagiaan yang dikecapi dan berharap Tuhan menyatukan mereka pada waktu paling tepat.
Sebelum ini, pasangan berkenaan secara terbuka mendedahkan hubungan mereka sekitar tahun 2020.
Dalam perkembangan lain, Tissa membintangi filem Dilanjutkan Salah, Disudahi Perih yang ditayangkan di seluruh pawagam bermula 2 Oktober lalu.
Filem tersebut mengangkat kisah percintaan dan isu rumah tangga yang cukup dekat dengan masyarakat iaitu berkaitan ‘cina buta’.
Selain Tissa, pelakon lain yang membintangi filem terbabit ialah Kevin Ardilova, Mikha Tambayong dan Ibrahim Risyad. –  HIBGLAM
Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok