Jujurnya saya sebak, walaupun Ammar ‘kayu’ – Shahida

USAHAWAN sensasi, Datin Seri Shahida mengakui pernah berasa risau dengan kemampuan bersosial anak sulungnya, Ammar Ahyan yang disifatkan sebagai lelaki introvert.

Namun, sangkaan Shahida meleset sekali gus terkejut dengan perubahan positif yang ditunjukkan Ammar ketika ini terutama apabila sudah bergelar pengacara program Post Mortem Talk To My Manager bersama bapanya, Datuk Seri Aliff Syukri.

“Jujurnya sebak dan gembira melihat anak membesar.

Dulu masa Ammar masih kecil, saya selalu terfikir macam mana Ammar nak ke depan sebab tak suka kamera, tapi siapalah kita untuk menidakkan percaturan Allah SWT,” katanya dalam Threads.

Tambah Shahida, dia yakin dengan setiap aturan Tuhan selain melahirkan rasa bangga melihat pencapaian Ammar ketika ini.

“Rahsia Allah yang kita tak tahu, budak introvert yang selalu kena bising ini akhirnya boleh ke depan.

“Mama banggalah walaupun Ammar ‘kayu’,” ujarnya.

Post Mortem Talk To My Manager disiarkan setiap hari Ahad sejurus selepas selesai konsert mingguan Talk To Manager.

Semalam, Ammar Berjaya membuatkan Auditorium MBSA gamat apabila muncul mendendangkan lagu rtis kegemarannya, Misha Omar iaitu Break.

Gelagatnya yang bersahaja itu juga mencuit hati ramai sehingga video kemunculannya di pentas viral dalam media sosial hari ini. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok