1.4K
KEHADIRAN Refal Hady ke Malaysia ternyata meninggalkan memori manis buat peminatnya di sini.
Selain kemunculannya untuk filem terbaharu, Ketika Berhenti Di Sini, pertemuannya dengan aktor kacak, Meerqeen turut membuatkan peminat mereka tidak senang duduk.
Bagi peminat dua aktor tersebut, Meerqeen dan Refal kini dianggap sebagai aset berharga mewakili dua negara.
Lucunya, ada pula yang berseloroh mahu saling ‘bertukar’ aktor iaitu Meerqeen menjadi milik Indonesia, manakala Refal untuk Malaysia.
“Akhirnya dua pelakon kegilaan ramai sudah bergabung. Marilah solat istikharah untuk buat pilihan. Mari buat pertukaran Refal dengan Meerqeen sebab susah untuk buat pilihan,” ujar netizen.