Meerqeen, Amir Ahnaf bantu jaring gol dalam perlawanan amal

DUA pelakon terkenal, Meerqeen dan Amir Ahnaf berjaya membantu pasukan Mekdi All Star menjaringkan gol dalam perlawanan amal menentang Malaysia All Star yang berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, semalam.

Meerqeen menjadi pemain pertama yang membuat percubaan menembusi gawang gol pasukan lawan.

Manakala Amir pula berjaya menjadi pemain pertama yang berjaya membolosi gawang gol.

Tercabar dengan jaringan pasukan Mekdi, Malaysia All Star menerusi pemain mereka iaitu Razman pula menyamakan kedudukan pada minit ke-12.

Ternyata kehebatan Malaysia All Star sukar dinafikan apabila tiga lagi pemain iaitu Safawi Rashid, Norshahrul Idlan Talaha dan Indra Putra Mahyuddin membolosi gawang lawan.

Enggan mengaku kalah, Meerqeen menjadi penyelamat maruah Mekdi apabila berjaya menghadiahkan gol kedua buat pasukannya.

Mekdi All Star hampir menambah satu lagi gol menerusi percubaan Ezrin Loy namun gagal gara-gara offside.

Selepas 40 minit perlawan yang berlangsung dalam keadaan hujan lebat, kemenangan berpihak kepada pasukan Malaysia All Stars dengan keputusan 4-2.

Pada malam yang dihadiri oleh kira-kira 10,000 penonton, McDonald’s Malaysia berjaya mengumpul sebanyak RM46,503.50 hasil sumbangan penonton menerusi imbasan kod QR.

McDonald’s Malaysia turut menyediakan 10,000 nugget dan pai epal kepada setiap penonton yang hadir.

Acara pada malam itu turut diserikan dengan persembahan daripada MK, Tuju dan Luqman Podolski. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok