‘Comel dooh, moga Baby disantuni rahmat-Nya’

TAMPIL dengan imej lebih sopan, pempengaruh Ameera Khan bukan sahaja meraih pujian ramai tetapi juga daripada kakaknya, Neelofa.

Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelof Mohd Noor, 36, berkata, penampilan Ameera sangat cantik selain mendoakan agar adiknya itu sentiada mendapat keberkatan Tuhan.

“Masya-Allah, comel dooh (sungguh).

“Semoga Baby (nama timangan Ameera) sentiasa disantuni dengan rahmat kasih sayang-Nya,” katanya ringkas dalam InstaStory yang turut mengulang siar hantaran Instagram Ameera.

Ameera sebelum itu memuat naik hantaran Instagram yang memaparkan dia anggun dalam busana serba hijau lengkap berselendang.

Perkongsian tersebut sekali gus dibanjiri pujian orang ramai yang mendoakan dia kekal dengan imej sebegitu.

“Masya-Allah Ameera, manisnya. Sejuk hati melihat.

“Tak apa kalau belum nak bertudung tapi penampilan macam ini baru nampak oiginal Pakistan.

“Teruskan pakai begini dan jangan dedahkan sangat kulit,” puji netizen.

Sebelum ini, Ameera kerap dikecam apabila sering menggayakan baju mencolok mata. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok