Baru tayang rambut lebat Jarir, ramai ‘melting’

SEJAK Muhammad Jarir Umar dilahirkan pada 23 Jun lalu, ramai yang tidak sabar untuk menatap putera sulung Fattah Amin dengan Amira Othman itu.

Ketika ramai masih menantikan detik tersebut, perkongsian Fattah yang memaparkan sedang mendukung Jarir meraih ribuan reaksi daripada netizen.

Muhammad Jarir Umar. Dunia ini akan menguji awak dan jangan sesekali lupakan Allah SWT.

“Kekal merendah diri, baik dan tetapkan iman yang kuat. Semoga Allah sentiasa melindungi dan membimbing awak,” kata Fattah dalam ruangan kapsyen.

Mereka bahkan teruja melihat rambut Jarir yang dikatakan sangat lebat dan berwarna hitam.

“Masya-Allah lebatnya rambut Jarir, nak tengok muka sikit boleh tak Fattah.

“Kami hanya minta lihat jari tapi Fattah beri belakang Jarir terus.

“Nampak rambut saja tetapi sudah bayangkan comel dan tampan wajah baby Jarir,” komen netizen. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok