‘Saya masih ada iman dalam diri, berpegang teguh’

TERUS dihambat dengan kecaman susulan tidak lagi bertudung, pelakon Norreen Iman tampil bersuara memohon diberikan ruang untuk menjalani kehidupannya ketika ini dengan tenang.

Norreen atau nama penuhnya, Norreen Iman Abdullah, 32, berkata, dia bersyukur dikelilingi individu yang menyayanginya selain menegaskan masih berpegang teguh dengan agama.

“Biar saya jalani hidup ini. Saya bahagia dengan insan-insan disayangi iaitu mama, anak-anak dan rezeki yang Allah SWT kurniakan sehingga saya mampu menjaga mereka.

Saya adalah ibu dan juga bapa, saya bahagia dengan peranan itu.

“Saya masih mempunyai iman dalam diri dan akan terus berpegang teguh,” katanya dalam satu hantaran Threads.

Ibu kepada dua cahaya mata itu turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakannya.

Terima kasih atas setiap doa. Mereka yang menyayangi adalah penyaksian nyata terbaik dalam hidup saya.

“Saya juga mendoakan semoga kalian semua turut bahagia dengan kehidupan masing-masing.

“Tiada kebencian, hanya kedamaian,” ujarnya.

Dalam hantaran lain, dia memaklumkan menikmati setiap perkara positif dan negatif yang berlaku dalam hidupnya ketika ini.

Nikmatilah yang baik, buruk, indah, hodoh, kegembiraan, air mata, kebahagiaan, kesakitan, kasih sayang dan kebencian.

“Bersyukurlah untuk setiap satunya,” katanya dalam satu hantaran Threads.

Dia juga sempat berseloroh dengan menggelar dirinya sebagai wanita berimej lelaki dan pengurus restoran makanan segera seperti yang sering dilemparkan netizen sebelum ini.

Difahamkan, gelaran tersebut diberikan kepadanya susulan penampilannya dengan imej berambut pendek.

Yang benar, pengkid juga dikenali sebagai pengurus ‘kepci’ anak dua,” katanya lagi.

Sebelum ini, Norreen mengundang perhatian ramai apabila tampil tidak bertudung dalam satu hantaran Instagram

Dalam foto tersebut, Norreen muncul dengan imej berambut pendek dan turut diwarnakan perang. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok