DUIT lebur gara-gara kegiatan trading, pelakon Muntazar mengakui berdepan dengan masalah kewangan ketika bertunang dengan Saidah Kamaruddin sebelum ini.
Ujar Muntazar atau nama lengkapnya Muntazar Ghufran, 22, berkata, dia tersalah langkah kerana terlalu memikirkan cara untuk cepat kaya sehingga kehilangan segalanya.
“Ya memang betul saya hanya mempunyai RM500 sahaja sebelum kami bertunang, berpunca daripada ‘trading’.
Melalui kegiatan tersebut saya mulai rasa hilang arah kerana duit yang saya ada mulai berkurangan disebabkan salah pilih jalan untuk cepat kaya,” katanya menerusi rakaman tangkap layar aplikasi TikTok miliknya. ‘
Terdahulu, bekas tunangnya yang juga pelakon Saidah Kamaruddin meluahkan rasa berang terhadap tindakan Muntazar yang didakwa telah menggodam akaun TikToknya.
Saidah kemudiannya mencuri perhatian apabila mendakwa perkahwinannya dengan Muntazar terbatal kerana pelakon itu hanya mempunyai simpanan sebanyak RM500 sahaja.
Kedua-duanya mengikat tali pertunangan pada Mei tahun lalu, namun cinta mereka terkandas di tengah jalan pada Mac lalu. – HIBGLAM