Nazim Othman buat ‘face lifting’, netizen ‘resah’

SEJAK dahulu dikenali sebagai artis yang sangat menjaga penampilan, pelakon Nazim Othman kekal memastikan imejnya kekal segar.

Kalau tengok aktor itu sekarang, memang macam nampak tidak dimamah usia biarpun sudah mencecah umur 40 tahun.

Kiranya, kulit wajahnya masih cekang macam masa mula-mula diperkenalkan dalam drama Frontpage sekitar 2008.

Cuma difahamkan Nazim juga kerap menjalani rawatan penjagaan bagi memastikan faktor usia dan graviti tidak memamah keremajaan kulitnya.

Terbaru pelakon terbabit berkongsi videonya di sebuah klinik estetik dalam TikTok bagi menjalani prosedur face lifting atau membuang lemak bagi menegangkan kulit.

Biarpun tanpa pembedahan, ramai peminat memintanya jangan terlalu kerap mengikuti rawatan sebegitu kerana dia sudah cukup tampan.

Betul juga netizen kata sebab ikutkan Nazim dah cukup elok. Takut nanti terlebih handsome ramai pula makan hati.

Diva: Tak baik siapa yang kutuk fizikal As Feminin.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok