Peminat resah Yuna mahu bersara

NAMA Yuna kembali menggegarkan media sosial apabila memuat naik satu kenyataan ringkas tetapi cukup membuatkan peminat berdebar.

Dalam hantaran tersebut, pelantun lagu Terukir Di Bintang itu berseloroh mahu meninggalkan dunia muzik dan beralih menjual lilin beraroma.

“Rasanya saya mahu berhenti daripada dunia muzik dan mula menjual lilin beraroma,” tulisnya.

Entah gurauan atau bayangan kepada sesuatu lebih besar, hanya Yuna mengetahui jawapannya, namun yang pasti, peminat terus menggelupur di ruangan komen, merayu agar penyanyi kesayangan mereka tidak menggantung mikrofon.

“Jangan berhenti, saya masih belum berpeluang menyaksikan konsert awak,” rayu seorang peminat.

“Buatlah kedua-duanya sekali, tapi jangan tinggalkan dunia muzik. Kami masih perlukan karya awak,” kata seorang lagi peminat.

Diva rasa kenyataan itu hanya gurauan. Tak mungkin Yuna nak bersara.

DIVA: Makin menjadi-jadi kes buli sekarang, baca berita pun sudah buat hati rasa gerun.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok